Bayar Bil Celcom

Untuk pengguna celcom yang menggunakan postpaid celcom boleh bayar bil celcom melalui banyak cara dan pilihan.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk melakukan pembayaran adalah dengan membuat bayaran melalui:

  1. Celcom Life App
  2. Pembayaran di kaunter melalui mesin deposit celcom
  3. Pembayaran melalui perbankkan online

Sekarang ni kebanyakkannya orang nak mudah dan cepat, hanya pilihan pembayaran secara online yang menjadi pilihan yang paling utama sama ada buat bayaran melalui Celcom Life App atau pun melalui perbankan online seperti Maybank2u.

Tapi masih ada yang membuat bayaran di kaunter melalui mesin bayaran sebab mungkin mereka suka simpan resit. Kalau buat secara online memang ada resit bayaran tapi kena print.

Terserah kepada cara masing masing kan sebab masih ada yang tak boleh ataupun yang masih tak cekap lagi dengan urusan online ni.

Kali ini saya nak share bagaimana cara saya bil celcom setiap kali sampai masa. Selalunya saya akan buat online sama ada melalui Maybank2u atau guna Celcom Life App.

Kali in saya nak share cara nak buat pembayaran bil celcom melalui Celcom Life App.

Mula mula masuk Celcom Life App melalui smartphone anda.

celcom life app

Selepas dah masuk seterusnya anda akan nampak bil semasa yang perlu di bayar paling atas sekali, kemudian tekan “Pay Now”

bayar bil celcom

Selepas itu anda akan di paparkan skrin seterusnya, untuk step kali ini anda di minta untuk buat pilihan bayaran :

  1. Boost E Wallet
  2. Online Banking
  3. Credict Card/Debbit Card
cara bayar bil celcom

So saya pilih “Online Banking” klik butang “Next”

Anda akan diminta untuk pilih bank mana yang akan anda gunakan untuk buat pembayaran.

bayar bil celcom online
bayar bil celcom melalui maybank2u

Dekat bahagian email address tu boleh letak email anda, tak nak letak pun boleh sebab tak wajib. Tapi kalau anda letak nanti maklumat bayaran akan di emailkan kepada anda. Bagus juga sebagai untuk rujukan tambahan.

panduan bayar bil celcom

Ada macam macam syarikat bank dalam senarai ini. Hanya perlu pilih dan tekan pada nama bank. Saya pilih Maybank2u.

Kemudian klik butang “Confirm”

Anda akan di bawa terus ke portal perbankkan yang anda pilih.

Masukkan Username dan Password macam biasa, kemudian bila dah masuk kedalam akaun anda, sistem terus tunjukkan detail untuk pembayaran. Jika semua ok tekan “Continue”

Anda akan di minta untuk dapatkan Nombor TAC tekan “Request”.

Selepas dapat nombor TAC di SMS masukkan ke dalam kotak “SMS TAC” kemudian tekan “Confirm”

Selesai dan status menunjukkan successful.

Dekat bahagian bawah tu anda boleh kalau nak simpan resit bayaran boleh tekan “Print Receipt” boleh simpan dalam bentuk PDF sahaja.

Untuk kembali tekan “Return to Merchant Page”

Selapas itu anda akan ditunjukkan sekali lagi tentang status bayaran yang anda buat. Klik “Done”.

Eh ada survey pula. Celcom minta anda bagi rating terhadap servis pembayaran yanag anda buat sebentar tadi. Kalau rajin boleh tekan dan bagi rating survey.

bayar bil celcom

Kalau tak nak tekan Skip

Dah selesai semua nanti celcom akan hantar sms ke telefon anda sekali lagi untuk mereka beritahu bahawa bayaran anda telah telah berjaya.

Jadi dah selesai proses pembayaran untuk bulan ini, semak di dalam Celcom Life App baki anda mesti Total Due RM 0.00 setelah bayaran tadi telah disahkan.

So saya harap perkongsian cara bayar bil celcom ini dapat membantu anda semua di luar sana ya.

Cara nak semak baki celcom Celcom Check Balance

Soalan Lazim FAQ.

Berapa lama Celcom akan aktifkan pembayaran?

Celcom akan aktifkan pembayaran serta merta setelah bayaran anda telah disahkan berjaya.

Bagaimana nak download dan install Celcom Life App?

Selalunya semasa kita buat pendaftaran semasa beli pakej internet di Celcom kiosk mereka akan beritahu dan tunjukkan cara bagaimana nak setup App Celcom ni. Kalau belum ada boleh download di Playstore cari dengan menggunakan kata kunci “celcom app” carian akan keluar app tersebut untuk download ke phone.

Bolehkah menggunakan kad debit atau kad kredit untuk buat bayaran?

Ya boleh di gunakan. Sistem akan bagi pilihan semasa nak buat bayaran nanti.