Bayar Zakat Online Maybank2u

Pada zaman ini pelbagai kaedah atau cara untuk buat bayaran zakat tak kira apa jua jenis zakat. Kali ini kita lihat cara bayar zakat online maybank2u.

Zakat adalah rukun bagi orang Islam yakni wajib sebagai orang Islam untuk bayar zakat apabila cukup haul dan nisab. Jadi kenalah bayar zakat bila sampai waktunya.

Antara jenis jenis zakat yang terdapat dalam Agama Islam adalah:

  1. Zakat pendapatan
  2. Zakat perniagaan
  3. Zakat padi
  4. Zakat saham
  5. Zakat haiwan ternakan
  6. Zakat KWSP
  7. Zakat Emas
  8. Zakat perak
  9. Zakat Galian
  10. Zakat Wang Simpanan
  11. Zakat Fitrah

Jadi itu serba sedikit tentang asas keperluan dan jenis jenis zakat yang ada.

Melalui platform online bank Maybank2u pelbagai jenis transaksi boleh dilakukan. Antaranya ialah untuk membayar zakat. Sebelum ini saya membuat bayaran zakat pendapatan hanya melalui Maybank2u sahaja senang dan mudah.

Kemudian tidak lama kemudian pejabat zakat akan hantar surat ke alamat anda berisi resit pembayaran zakat anda.

Jadi kali ini kita lihat cara saya nak buat bayaran zakat melalui online maybank2u. Kali ini nak buat bayaran zakat KWSP.

Untuk langkah pertama login masuk ke dalam akaun maybank2u kemudian klik pada bahagian “Pay & Transfer”.

Sistem akan terus bawa kepada bahagian “Pay”

Kemudian lihat kepada bahagian “Pay to” klik pada kotak “New Payment”

Bayar Zakat Online Maybank2u

Didalam bahagian kotak ini anda boleh cari pejabat zakat yang anda ingin buat bayaran. Cuba buat carian dengan kata kunci “zakat” maka akan keluar semua berkaitan dengan zakat.

Selepas anda dah pilih lembaga zakat yang anda ingin buat bayaran satu kotak kecil akan muncul.

Anda di kehendaki mengisi maklumat seperti berikut:

  1. Amount : jumlah zakat yang anda ingin bayar
  2. Nombor telefon anda
  3. Type of zakat: dekat bahagian ini anda dikehendaki untuk memilih apakah jenis zakat yang anda ingin buat bayaran.
  4. Effective date: biarkan tak perlu ubah apa apa.
Cara Bayar Zakat Online Maybank2u

Kemudian klik butang “PAY”

Seterusnya anda akan di bawa ke bahagian untuk dapatkan “TAC” number. Pada ruang ini juga dipaparkan detail berapa jumlah bayaran yang anda ingin bayar dan juga lembaga zakat yang anda pilih.

bayar zakat kwsp maybank2u

Untuk bahagian “please confirm the detail” saya pilih SMS TAC kemudian tekan butang “REQUEST”

Nombor TAC 6 digit akan dihantar melalui sms ke nombor telefon anda.

Bila dah dapat nombor TAC tersebut masukkan dalam ruang seperti di dalam gambar kemudian klik butang “CONFIRM”.

cara bayar zakat online

Kalau berjaya buat pembayaran sistem akan tulis “Transaction Successful”  dan anda boleh download dan save resit untuk rujukan anda.

Ok dah selesai pun saya buat bayaran zakat melalui online maybank2u. Cepat mudah dan pantas.

Zakat fitrah pada bulan puasa juga saya pernah buat bayaran melalui maybank2u tanpa perlu bayar kepada amil.

Untuk makluman juga kadar peratusan zakat untuk zakat pendapatan adalah 2.5%. Maksudnya 2.5% darab dengan gaji anda. Untuk rujukan lanjut boleh tanya pejabat zakat negeri anda mereka akan tolong bantu kirakan.

Boleh telefon sahaja untuk bercakap dengan mereka atau rujuk di website lembaga zakat masing masing kat sana ada kalkulator untuk kira berapa bayaran zakat yang perlu di bayar mengiku gaji masing masing.

Zakat pendapatan ini seeloknya bayar terus setiap bulan, dapat gaji terus bayar tak perlu tunggu setahun sekali baru nak bayar.

Anda nak bayar Qadha zakat pun boleh jika sebelum ni tak pernah buat sebayaran bayaran seumur hidup.

Ok setakat ini dahulu semoga perkongsian tentang cara bayar zakat online maybank2u bermanfaat untuk anda semua.

Baca juga cara nak semak baki Celcom di sini Celcom Check Balance

Soalan Lazim FAQ

Adakah Qada zakat juga boleh di bayar secara online?

Ya boleh.

Adakah Zakat Fitrah pada bulan puasa juga boleh di bayar secara online?

Ya boleh.