Cara Buat Email Baru Gmail

Kali ini zamblogger nak kongsi cara buat email baru gmail. Namun sebelum kita teruskan kita baca sedikit fakta berkaitan dengan gmail ini. Email Gmail adalah perkhidmatan email percuma yang disediakan oleh Google.

Setakat data yang di dedahkan pengguna sehingga hari ini telah mencecah sekitar 1.5 billion orang manusia di seluruh dunia.

Bayangkan betapa ramai betul pengguna gmail sebab itulah email gmail banyak di gunakan oleh orang ramai berbanding email daripada syarikat lain.

Gmail telah dilancarkan pada 1 April 2004 di buat oleh Paul Buchheit. Email gmail boleh digunakan di laptop dan juga aplikasi di smartphone anda.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima bahawa semua orang perlukan email pada zaman sekarang. Terutama sekali perkara perkara yang melibatkan online.

Nak daftar media social perlukan email malahan nak minta kerja pun sekarang perlukan email.

Kalau kita beli smartphone tapi tak ada email memang macam sia sia saja sebab nak download applikasi di di google memang wajib ada email gmail. Buat masa sekarang juga nak mohon bantuan daripada kerajaan pun perlukan email.

Email ini adalah perkara paling paling asas yang perlu kita tahu walaupun kita agak buta it. Kena ada juga walaupun 1.

Cara buat email baru Gmail

Untuk buat email baru langkah pertama adalah pergi ke website google.com. Kemudian buat carian gmail di google. Atau boleh klik sini email gmail.

Apabila dah masuk ke situ paparan seperti berikut akan keluar.

Cara Buat Email Baru Gmail

Masukkan nama First Name dan Last name.

Kemudian masukkan username. Untuk username kalau nak mudah letak nama penuh atau nama smaran terpulang pada masing masing. Tapi jika untuk memohon perkerjaan elok letak nama yang sebenar.

Kalau nama yang kita nak guna tu dah ada orang guna boleh tambahkan nombor di belakang nama kita.

Googel akan automatic bagi cadang nama username yang available semasa kita nak daftar tu.

Kalau dah ada username boleh masukkan password dan ulangkan sekali lagi untuk confirmkan password.

cara buat email baru

Langkah seterusnya google akan minta nombor telefon, masukkan nombor telefon dengan format macam ni 60123456789.

Untuk nombor telefon ini, kita boleh sama ada nak masukkan atau tidak semasa pendaftaran ini sebab kita boleh masukkan kemudian selepas ini.

Nanti akan dapat sms code daripada Google untuk pengesahan nombor telefon. Lepas dapat sms ini code terus isi code.

Untuk email recovery adalah pilihan sama ada nak masukkan atau tidak. Jika baru buat pertama kali memang kita tak ada email lain. Kalau ada email yang lain sama ada dari google atau syarikat lain boleh masukkan.

Tujuan nya adalah untuk jika berlaku apa apa, seperti tak boleh login kita boleh guna recovery email ini untuk dapatkan bantu google hantar maklumat kepada kita untuk pastikan kita sebagai owner gmail tersebut.

Kemudian isikan Tarik lahir dan isi bahagian gender Male (lelaki) atau Female (perempuan).

Kemudian klik Butang Next kita akan di bawa ke bahagian Privacy and Terms kemudian Klik butang Agree.

buat email

Selesai sudah pendaftaran email gmail dan dah boleh guna.

Sebelum terlupa, kita juga kita boleh buat email baru gmail sama ada melalui laptop ataupun hp.

Senang saja kan nak buat email gmail ni, kalau tak biasa dan pertama kali memang agak sukar nak buat. Harap panduan dan cara buat email gmail ini dapat membantu anda semua untuk dapatkan email gmail yang pertama.

Cara menghantar email

Dah ada email sekarang kita cuba untuk hantar email yang pertama menggunakan telefon. Lihat paparan smart phone anda dan cari lambang gmail seperti gambar di bawah.

Selepas itu klik icon tersebut dan masuk ke bahagian paparan email gmail seperti di bawah. Kemudian tekan tanda tambah “+” seperti yang di tunjukkan dalam gambar di bawah.

cara nak hantar email di handphone

Selepas dah tekan paparan berikut akan muncul.

Ada 3 bahagian yang perlu di isi

To: isikan email penerima

Subject: Tajuk atau isi penting kandungan email anda.

Compose: Tulis email

Selepas dah siap semua tulis email, semak dan pastikan semua betul termasuk ejaan perkataan dan juga email penerima. Untuk hantar tekan simbol anak panah seperti di bawah. Simbol ini akan jadi warna biru baru boleh tekan hantar ya.

Lepas tekan send, kalau nak tahu email kita dah di hantar atau tidak, gmail akan keluarkan notifikasi seperti di dalam gambar di bawah berikut.

Kalau tulis “Sent” maksudnya email dah berjaya di hantar. Untuk sahkan sekali lagi sama ada email dah berjaya di hantar atau tidak boleh semak email di bahagian “SENT”. Untuk masuk ke bahagian sent ini melalui smartphone klik “Garis 3” seperti di bawah.

Selepas itu anda akan nampak kolum “Sent” seperti di bawah:

Kemudian selepas klik “sent” anda terus di bawa masuk ke bahagian senarai email yang telah berjaya di hantar seperti di bawah.

Didalam bahagian “sent” ini dipaparkan semua email yang telah berjaya di hantar dan sampai kepada penerima. Kalau email tak berjaya di sent gmail akan keluarkan “error” mengatakan email gagal di hantar.

Saya berharap dengan perkongsian cara buat email baru gmail ini dapat membantu anda semua untuk mudah buat email dan dapatkan email gmail yang pertama.

Biasanya jika kita terima email baru, smartphone akan keluarkan notifikasi untuk beritahu ada mesej baharu telah masuk. Jadi tak perlu risau takut terlepas email email yang penting.

Kena pastikan juga saiz storage phone anda tidak full dan hampir full. Sebab kalau storage full aplikasi dalam telefon banyak tidak boleh berfungsi. Jadi sentiasa pastikan storage anda sentiasa tidak penuh. Delete apa yang tidak perlu.