Cara Buat Google Form Dengan Mudah

Bagaimana cara buat google form dengan mudah bagi pelbagai tujuan dan apa jua maksud.

Zaman sekarang semakin canggih nak buat kerja pun lebih mudah dengan hanya di hujung jari sahaja berbekalkan internet dan laptop sudah boleh melakukan kerja.

Begitu lah juga dengan apa yang disediakan oleh pihak google iaitu google form yang mana sangat sangat membantu dalam kehidupan manusia terutama sekali dalam tujuan mengumpulkan maklumat.

Apa itu Google Forms?

Google form adalah web based application yang mana membenarkan para pengguna sekalian untuk membuat form dan kemudiannya mengumpul data bagi pelbagai tujuan.

Pengguna boleh design google form anda masing masing dengan memilih template yang sedia ada ataupun boleh bermula dari kosong.

Ada pelbagai pilihan ataupun option yang boleh dipilih semasa membuat google form seperti text boxes, drop-down menus, checkboxes dan juga pelbagai soalan boleh di buat.

Maklumat data yang dikumpul akan disimpan dalam bentuk excel didalam storage google sheet.

Kenapa perlu guna Google Forms?

Google Forms adalah satu cara yang senang dan mudah untuk mengumpul data daripada pelajar untuk dihantar kepada guru sebagai contohnya.

Ia adalah amat menjimatkan masa bagi para guru atau pun siapa jua bagi mengumpulkan jawapan dan maklumat dengan pantas.

Bagaimana cara buat google form kehadiran?

Sekarang zaman dan masa orang belajar online terutama sekali apabila berhadapan dengan masalah wabak dan penyakit berjangkit ini.

Jadi cikgu cikgu sekolah khususnya pastilah mereka yang paling banyak yang terlibat dengan pembelajaran online yang mana para guru kena sediakan pembelajaran online kepada anak anak murid mereka.

Jadi untuk tujuan itu juga kehadiran juga mestilah diambil walaupun hanya belajar online daripada rumah sahaja.

Itu adalah contoh situasi semasa apa yang berlaku sekarang namun anda juga boleh gunakan google form ini untuk apa sahaja tujuan anda.

Kali ini kita lihat bagaimana satu contoh untuk buat google form kehadiran seminar kursus peserta dalam talian.

Sebelum nak mulakan buat google form apa yang penting kita kena senaraikan terlebih dahulu apa maklumat atau butir butir peribadi yang para guru hendak kumpulkan.

Tajuk form

Nama

Email

Alamat

Nombor Telefon

Pertama sekali untuk buat google form anda kena menjadi pengguna email gmail terlebih dahulu. Jika belum anda anda boleh buat satu akaun gmail rujuk di sini.

Kemudian anda perlu masuk ke pada bahagian google drive kerana untuk buat google form kena melalui google drive

Di laptop anda pilih Drive seperti di dalam gambar

Kemudian klik “New”

Klik “Google Forms” kemudian klik “From Template”. Saya terus gunakan template supaya lebih cepat dan mudah hanya perlu edit edit sahaja, tak perlu buat daripada kosong.

Kemudian klik pada “Contact Information”

cara buat google form

Anda akan di sediakan dengan template yang telah siap tinggal hanya nak edit sahaja.

Anda boleh tukar edit perkataan mengikut kehendak dan keperluan anda.

Dibahagian atas terdapat seperti ditandakan dalam kotak merah terdapat

Bahagian untuk:

Customize Theme

Preview

Undo

Redo

Butang send

Manakala di bahagian tepi form pula terdapat bahagian untuk:

Add question

Import question

Add title and description

Add image

Add video

Add section

Untuk buatkan simbol tanda bintang merah seperti di dalam gambar, anda klik pada ruangan yang anda ingin edit.

Gambar seperti di atas akan muncul dan anda perlu tandakan hijau bermaksud “Required”

Jika anda tidak tnadakan hijau atau Onkan butang tersebut maka simbol bintang merah tidak akan muncul.

Maksud tanda simbol bintang merah adalah ruang tersebut wajib di isi, jika tidak di isi maka peserta tidak akan boleh send form tersebut dan status akan naik error dan perlu isi ruang tersebut jika mahu hantar form.

Untuk edit bahagian header seperti yang ditandakan diatas anda perlu klik pada theme option, pilih bahagian header dan pilih image uploaded.

Di sini pihak google dah sediakan theme yang ada untuk anda pilih sahaja. Jika anda ada gambar sendiri anda boleh upload daripada laptop anda.

Anda juga boleh tukar theme color, background color dan juga jenis font mengikut yang anda berkenan.

Saya dah siapkan contoh google form saya, kemudian tekan butang “SEND”

Selepas tekan butang SEND akan keluar popup seperti di atas.

Di sini anda boleh setting terlebih dahulu sebelum anda send link tersebut kepada peserta anda.

Jika anda ingin kumpul email mereka anda boleh tandakan “Collect emails”, jika tidak perlukan email mereka tidak perlu tandakan.

Kemudian pada bahagian Send via anda pilih simbol “link” seperti di atas supaya senang nak simpan link untuk di berikan kepada peserta.

Link asal adalah panjang, untuk pendekkan dan nampak ringkas anda boleh tandakan pada bahagian “Shorten URL” secara auto link form anda akan menjadi pendek.

Setelah selesai klik “Copy” dan simpan link ini di tempat yang sesuai di dalam laptop atau pun di dalam phone anda.

Link ini boleh diberikan kepada peserta melalui whatsapp, email, facebook dan sebagainya.

Sebelum anda nak sebarkan link tersebut anda perlu test dahulu sama ada ia berfungsi dengan baik atau tidak.

Saya test dulu sendiri dengan hantar link ini ke whatsapp saya melalui whatsapp web.

Ini adalah rupabentk google form yang dibina tadi. Apabila klik link tersebut maka kita akan di minta untuk isi maklumat di dalam kotak yang disediakan. Lepas siap isi tekan butang Submit.

Lepas tekan Submit akan keluar notis Thank You seperti di atas. Anda boleh edit ayat tersebut dengan klik “edit your respon”

Lepas dah ada orang submit, sistem google form akan bagi notifikasi. Anda boleh semak berapa bilangan peserta yang sudah submit di bahagian Response. Anda klik pada bahagian tersebut maka maklumat peserta akan dipaparkan.

Jika anda hendak lihat senarai maklumat peserta dalam bentuk excel anda boleh klik pada simbol butang tambah di sebelah kanan di atas seperti didalam gambar.

Kemudian anda klik Create

Sistem akan bawa anda kepada excel spreadsheet di mana maklumat semua peserta akan di susun di sini.

Anda boleh simpan di dalam laptop anda sebagai rujukan.

Anda juga boleh copy paste google form yang dah siap di buat jika anda anda form lain lagi yang perlu dibuat pada masa hadapan.

Klik pada 3 titik di sebelah kanan di atas kemudian klik pada bahagian “Copy”

Begitulah secara ringkas bagaimana nak buat google form dengan cara yang mudah. Pastikan form anda tidak terlalu susah di isi, letakkan hanya maklumat penting yang perlu sahaja ya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi anda.