Bagaimana Cara Main Saham Patuh Syariah?

Ramai yang ingin melabur dalam bidang ini tapi tak tahu bagaimanakah cara main saham patuh syariah.

Antara sebabb utama tak tahu untuk masuk dalam bidang saham adalah kurangnya ilmu berkaitan pelaburan saham dan juga kurang pendedahan mengenainya.

cara main saham patuh syariah

Bilangan kaum bumiputra yang menceburi bidang main saham ini masih berada pada tahap yang rendah walaupun terdapat kenaikan dalam penglibatan mereka kebelakangan ini.

Apa itu saham patuh syariah?

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan dan mengemas kini saham-saham yang dikelaskan sebagai Sekuriti patuh Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Senarai yang dikemas kini setiap bulan Mei dan November menyediakan rujukan pelaburan bagi dana amanah saham Islam, dana Takaful, syarikat/ perkhidmatan broker saham Islam dan pelabur yang mencari pelaburan yang patuh Syariah.

Senarai ini akan memenuhi beberapa objektif seperti berikut:

  • Memudahkan pelabur mencari pelaburan dalam saham patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia;
  • Pemusatan keputusan Syariah secara domestik;
  • Meningkatkan pendedahan dan ketelusan;
  • Menggalakkan pembangunan Pasaran Modal Islam; dan
  • Menggalakkan pembangunan instrumen Islam.

Apakah kaedah penyaringan yang digunakan?

MPS SC memaparkan saham tersenarai berdasarkan kaedah tertentu. Sebagai penyaringan awal, syarikat-syarikat dengan kegiatannya tidak bertentangan dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah.

Sebaliknya, syarikat-syarikat akan dianggap tidak patuh Syariah sekiranya mereka terlibat dalam aktiviti teras berikut:

  • Perkhidmatan kewangan berdasarkan riba (faedah);
  • Perjudian;
  • Pembuatan atau penjualan produk bukan halal atau produk berkaitan;
  • Insurans konvensional;
  • Aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan menurut Syariah;
  • Pembuatan atau penjualan produk berasaskan tembakau atau produk berkaitan;
  • Pembrokeran saham atau perdagangan saham pada sekuriti tidak patuh Syariah, dan
  • Aktiviti lain yang dianggap tidak dibenarkan menurut Syariah.

Jadi untuk anda mudah lebih faham saham patuh syariah adalah saham yang tidak ada bercampur dengan kegiatan yang disenaraikan di atas.

Bagi syarikat yang mempunyai aktiviti merangkumi aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, Majlis Penasihat Syariah (MPS) SC mengukur tahap sumbangan gabungan daripada aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam perolehan dan keuntungan sebelum cukai syarikat.

MPS SC menggunakan tanda aras berdasarkan Ijtihad (pemikiran berdasarkan Syariah). Jika sumbangan aktiviti tidak dibenarkan melebihi tanda aras, sekuriti itu akan diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.

MPS SC seterusnya menilai pengurusan kewangan syarikat dengan menggunakan tanda aras nisbah kewangan. Penanda aras nisbah kewangan bertujuan untuk mengukur riba dan unsur-unsur berasaskan riba dalam kedudukan kewangan syarikat.

Di samping itu, MPS SC juga mengambil kira aspek kualitatif yang melibatkan persepsi awam atau imej aktiviti syarikat dari perspektif pengajaran Islam.

Platform saham patuh syariah

Semak Saham Patuh Syariah

Bagaimana cara nak semak saham patuh syariah di dalam website bursa saham malaysia.

Gambar di bawah menerangkan bagaimana anda boleh buat semakan saham.

semak saham patuh syariah

Klik pada bahagian “Select Classification”

Kemudian klik pada kotak simbol [S] seperti di dalam gambar untuk tandakan. nanti akan keluar simbol tanda “right”

Kemudian klik butang “Search”

Sistem akan senaraikan semua saham yang patuh syariah di dalam bursa saham Malaysia.

Untuk menggunakan fungsi carian tersebut anda boleh Klik sini

Senarai Saham Patuh Syariah

Selepas anda klik butang search semua senarai saham patuh syariah akan di senaraikan oleh sistem pada hasil carian

senarai saham patuh syariah

Seperti di tunjukkan dalam gambar di atas semua saham syarikat yang tersenarai dalam patuh syariah ada tanda simbol [S] di tepi nama syarikat jadi ia mudah untuk anda kenal pasti.

Di sini anda boleh lihat semua jenis saham yang patuh syariah di dalam Malaysia.

Anda juga boleh boleh buat carian saham mengikut market dan juga sektor masing masing.

Cara Main Saham Patuh Syariah

Sekarang anda dah faham apa itu saham patuh syariah dan bagaimana nak kenal dan semak saham patuh syariah.

Jadi seterusnya bagaimana pula cara nak main saham, nak beli kat mana, berapa modal nak mula, nak daftar dekat mana dan sebagainya.

NAK TAK UNTUNG MACAM NI?

Seronokkan kalau boleh dapat untung macam ni kalau main saham. Anda juga boleh sebenarnya dapat income macam tu.

Tak kisah siapa anda sama ada anda baru nak mula dan tak tahu apa apa tentang itu saham anda juga boleh bermula sekarang.

Tindakan anda hari ini akan menentukan siapa anda pada masa hadapan.

Tapi jika anda nak dapatkan hasil untung dalam bermain saham anda kena tahu dahulu perkara perkara berikut:

  • Bagaimana untuk membaca dan memahami simbol-simbol serta info-info yang terdapat pada paparan screen platform saham?
  • Apakah persediaan mental dan kewangan yang diperlukan sebelum mencebur diri dalam pelaburan saham?
  • Apakah trading platform yang boleh anda gunakan untuk membeli dan menjual saham?
  • Apakah syarat-syarat dan kelayakan yang perlu anda penuhi untuk membuka akaun dan melabur saham?
  • Apakah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan?
  • Bagaimana proses pendaftaran akaun CDS dijalankan?
  • Berapakah modal minimun yang sesuai untuk memulakan pelaburan anda?
  • Apakah perkara-perkara yang perlu anda elakkan di dalam menyediakan modal?
  • Apakah risiko yang perlu anda hadapi apabila anda telah membeli saham kelak?
  • Apakah maksud simbol WA,WB, WC yang ada pada nama-nama kaunter saham?
  • Bagaimana untuk masukkan duit modal ke dalam akaun trading anda?
  • Bagaimana untuk membuat pembelian dan penjualan saham secara online menggunakan komputer dan juga smartphone anda!
  • Apakah kos-kos yang terlibat apabila anda membeli dan menjual saham?

Fuuhhh banyak betul nak kena tahu, memang pening sebab tak tahu apa apa tentang saham ni.

Jika anda serius ingin belajar dan nak untung main saham anda boleh dapatkan info lanjut dengan klik banner di bawah.