Cara Nak Daftar Akaun Quora.com

Jom kita tengok bagaimana cara nak daftar akaun quora.com step by step.

Pernah dengar tak tentang website Quora.com. Kalau belum pernah dengar, untuk info website ini adalah satu platform untuk bertanyakan soalan, kemudian orang ramai yang tahu akan tolong jawabkan soalan tersebut.

Website quora ini bermula di Amerika Syarikat pada Jun 2009 di asaskan oleh Adam D’Angelo dan  Charlie Cheever.

Selain untuk bertanyakan soalan website ini juga boleh kita gunakan untuk menyatakan pandangan dan juga boleh berkongsi link dari website dan letakkan di quora.

Untuk pergi ke website quora.com boleh saja google atau boleh klik link ini untuk terus ke sana. Klik sini.

Paparan seperti berikut akan muncul buat pertama kali anda yang belum ada akaun.

Cara Nak Daftar Akaun Quora.com

Kita di beri pilihan untuk daftar akaun quora melalui 3 cara:

  1. Terus daftar melalui akaun email gmail anda.
  2. Terus daftar melalui akaun facebook
  3. Dan yang ke tiga boleh daftar melalui sign up with email. Untuk cara ni anda kena masukkan username dan password untuk daftar. Kalau guna 2 kaedah di atas tak perlu username dan password.

Saya pilih untuk daftar terus melalui email sebab mudah dan dia auto daftar tanpa perlu letak password. Macam di bawah ini quora minta pilih nak guna akaun gmail yang mana.

Lepas dah isi step ini, seterusnya akan keluar paparan berikut.

Untuk step seterusnya quora akan minta kita pilih apakah interest atau minat kita, pilih 5 topik atau lebih kemudian tekan next untuk seterusnya.

Quora minta kita pilih minat kita supaya nanti info yang akan lalu di wall kita adalah berkaitan interest yang kita minat. Interest ini ada banyak lagi dan boleh pilih kemudian.

Step seterusnya boleh pilih bahasa yang kita suka guna.

Ok dah siap akaun quora dan boleh terus di gunakan. Untuk mulakan post yang pertama boleh klik butang “Add question” di sebelah kanan atas kemudian akan keluar paparan seperti di bawah berikut.

ask question in quora

Boleh mulakan tanya soalan apa yang nak di tanya. Dah siap tulis soalan boleh tekan butang biru “Add question” untuk publishkan pertanyaan.

Website quora buat masa ini mungkin penggunaan bahasa melayu agak kurang, kalau nak lebih exposure gunakan bahasa Inggeris supaya ramai pengguna quora akan boleh tolong jawab secara berjemaah nanti.

Kalau untuk fungsi yang lebih lagi di quora boleh la anda daftar dulu akaun kemudian boleh explore fungsi fungsi lain yang ada dalam website ini.

Harap anda dapatkan akaun quora secepat mungkin dengan cara daftarkan akaun quora.com yang saya kongsikan di sini.

Sumber diambil dari Google.com dan Quora.com.

Baca juga Cara buat email baru gmail