Cara Nak Jual Kereta Belum Habis Bayar

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman cara nak jual kereta belum habis bayar hutang bank yang saya lakukan sebelum ini..

Ini adalah pengalaman saya sendiri beberapa tahun lepas menjual kereta yang saya guna.

Masa tu saya beli kereta second hand sahaja dan buat hutang dengan bank.

cara nak jual kereta belum habis bayar

Alhamdulillah masa tu ada rezeki lebih sedikit dapatlah upgrade kereta, sebelum ni pakai kereta kecil sahaja.

Lepas tu dah ada rezeki lebih ambillah kereta lain walaupun second hand.

Lepas dah guna dalam 2 tahun lebih macam tu tiba tiba pendapat saya agak merosot dan jatuh.

Pendapatan bulanan berkurangan maka nak bayar komitmen agak sukar sedikit.

Jadi mahu tidak mahu terpaksa korbankan kereta yang baru guna ni.

Hutang bank masih panjang lagi tapi saya terpaksa jual juga.

Jadi apa yang saya buat ketika nak jual kereta ni walaupun masih ada hutang dengan bank.

Untuk makluman anda semua kereta ni saya jual sendiri terus kepada pemilik baru dan bukan jual kepada kedai kereta terpakai.

Langkah pertama yang saya lakukan adalah semak terlebih dahulu baki hutang kereta semasa dengan bank.

Jika anda ingin menjual kereta anda yang masih ada loan bank, inilah perkara pertama yang anda kena lakukan iaitu semak baki hutang semasa kereta anda.

Anda boleh pergi ke cawangan bank terdekat dengan anda dan mohon berapa baki hutang kereta anda.

Pihak bank akan beritahu anda berapa baki hutang semasa pada bulan tersebut dan pastikan anda tulis berapa jumlahnya.

Selepas dah tahu baki hutang langkah seterusnya ialah semak harga pasaran semasa jualan kereta model yang anda pakai.

Semasa saya dah dapat berapa jumlah baki hutang kereta saya, saya terus semak berapa harga model kereta seperti saya yang dijual di dalam pasaran semasa itu.

Harga kereta ini ditentukan mengikut harga tahun yang dikeluarkan.

Jadi pada masa itu saya hanya buat semakan sendiri melalui website online jual beli barang iaitu mudah.my

Sebab apa kena tahu 2 perkara ini iaitu

1. Baki hutang semasa kereta

2. Harga pasaran semasa kereta

Sebab utama kena tahu 2 perkara tersebut adalah supaya kalau kita nak jual kereta kita kena pastikan kita tak perlu keluarkan duit sendiri untuk topup kepada bank jika harga pasaran semasa kereta adalah dibawah jumlah baki hutang bank.

Untuk mudah faham saya bagi contoh macam ni.

Contoh 1

Baki hutang semasa  dengan bank RM 50,000

Harga pasaran semasa kereta RM 40,000

Untuk contoh 1 ini harga pasaran kereta adalah lebih rendah daripada baki hutang semasa.

Jadi jika anda jual kereta dengan harga RM 40,000 anda kena bayar lagi kepada bank sebanyak RM 10,000 sebab hutang anda adalah masih berbaki RM 50,000.

Contoh 2

Baki hutang semasa dengan bank RM 50,000

Harga pasaran semasa kereta RM 55,000

Untuk contoh 2  ini harga pasaran kereta second hand adalah lebih tinggi daripada baki hutang semasa.

Jadi jika anda jual kereta dengan harga RM 50,000 anda akan dapat lebihan tunai sebanyak RM 5,000, jadi anda tak perlu topup kepada bank untuk setelkan hutang anda.

Pada masa saya jual kereta saya tu, saya letak anggaran harga ikut baki hutang semasa kereta saya.

Alhamdulillah mujur masa harga kereta second hand yang saya nak jual tu harga pasaran dia dalam lingkungan baki hutang semasa saya.

Ok apabila dah selesai 2 perkara utama tersebut sekarang anda kena tetapkan berapa harga nak jual. 2 perkara inilah akan bantu anda nak letakkan harga.

Lepas dah tahu berapa harga nak jual proses seterusnya adalah proses nak cari pembeli dan nak buat iklan.

Pada masa tu saya buat iklan di mudah.my sahaja tak guna pun tempat yang lain.

Kalau anda nak buat iklan boleh guna kaedah macam seperti iklan di Facebook, Instagram, Twitter dan lain lain platform online, senang cerita semua online sahaja sekarang ni.

Lepas dah buat iklan kalau ada yang berminat mereka akan call atau Whatsapp untuk nak tengok kereta.

Jadi kalau anda nak jual sendiri kereta, anda kena sabar sedikit dengan karenah bakal pembeli.

Macam macam anda akan jumpa, ada yang nak buat personal loan dulu, ada nak semak loan dulu dan macam macam lagilah.

Jadi bila kita nak jual kereta ni, sapa yang berminat kita minta mereka lock dulu dengan bayar deposit.

Boleh minta dalam minimum macam RM 1000 macam tu.

Dan bagi tempoh kepada mereka untuk sama ada mereka nak buat loan, atau nak cari duit kat mana mana terlebih dahulu.

Mujur lah saya dapat pembeli yang nak bayar cash, dia tengok kereta dalam 2 kali macam tu lepas puas hati baru confirm. Masa tu dia nak beli kereta dekat bini dia.

Lega juga masa tu pembeli kereta saya tu nak beli dengan cash tak mau buat loan bank, lagi memudahkan urusan saya.

Lepas mereka dah bayar semua selesai bank akan bagi notis kita dah buat full settelment hutang kereta.

Jadi proses seterusnya hanya perlu tukar nama dalam geran kereta kepada pembeli baru.

Mudah sahaja nak tukar geran nama kereta semua guna sistem sekarang di JPJ.

Pembeli lakukan bahagian pembeli manakala penjualan akan lakukan bahagian penjual dalam proses nak tukar geran kereta ini.

Pengalaman saya selama ini saya dah 2 kali jual kereta terus kepada pembeli baru dan saya gunakan langkah langkah di atas.

Jadi jika anda berhasrat untuk jual sendiri kereta anda sama ada masih ada hutang dengan bank ataupun dah habis hutang boleh lah cuba mengikut panduan di atas.