Celcom Check Balance
Bagi anda yang mungkin baru tukar nombor atau baru guna line postpaid atau prepaid tentu nak tahu cara bagaimana kita sebagai pengguna celcom check balance kredit dan internet telefon.
Celcom adalah syarikat telekomunikasi antara yang paling terbesar dalam industri komunikasi di Malaysia dan antara yang paling terawal.
So memang tak hairan memang banyak pengguna yang memilih untuk menggunakan celcom kerana mereka mempunyai liputan line yang sangat luas di serata Malaysia.
Saya juga pengguna celcom sejak dari dulu lagi, walaupun pernah tukar pada rangkaian lain namun akhirnya kembali juga menggunakan celcom.
Memang boleh saya akui sebagai pengguna yang lama, celcom memang antara yang terbaik dari segi penyedia perkhidmatan komunikasi.
Kali ini saya nak share bagaimana step nak buat celcom xpax check balance untuk pengguna prepaid dan postpaid plan.
Table of Contents
Gunakan celcom check balance code
Untuk kaedah ini bagi tujuan semakan baki terkini prepaid plan anda kita boleh gunakan cara ini:
Taipkan kod *124# kemudian tekan simbol “DIAL” pada skrin telefon anda.

Maklumat baki plan prepaid anda akan terus di siarkan di skrin. Kaedah check balance ini dapat hasil terus secara direct tapi dapat tahu baki duit yang ada sahaja.

Celcom check balance prepaid SMS
Untuk kaedah kedua ini anda boleh ketahui semua maklumat yang terdapat dalam pelan anda antaranya seperti:
- Weekly unlimited
- Monthly unlimited
- Speed add on
- My Account
- Internet
- Add on
- IDD & Roaming
- Credit Advance
Dan pelbagai lagi pilihan yang terdapat dalam menu. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah:
Taipkan kod *118# kemudian tekan simbol “DIAL” pada skrin telefon anda.

Paparan menu pilihan maklumat apa yang anda kehendaki di tunjukkan pada skrin.

“Tekan nombor menu pilihan anda”
Kemudian tekan butang “Send”
Maklumat info akan di hantar melalui SMS ke nombor telefon anda melalui nombor 28882.

Gunakan Celcom Life App
Untuk gunakan Celcom Life App untuk check balance dan pelbagai lagi maklumat anda boleh semak dalam aplikasi ini, anda perlu install di dalam smartphone anda terlebih dahulu.
Download di Google Playstore.

Selepas dan install Celcom Life App boleh terus masuk dan lihat pada bahagian akaun anda. Boleh masuk anytime tapi pastikan ada line internet dan pastikan line internet anda tidak tamat tarikh luput.
Kalau internet dah tamat memang tak boleh masuk sebab line sangat slow, anda kena cari hotspot untuk masuk guna app ini.
Masuk ke Celcom Life App > Bahagian HOME

Dalam bahagian ini terus dipaparkan di bahagian atas:
- Nombor telefon anda
- Credit Balance
- Tempoh Valid
Dan di sebelah kanan ada butang “RELOAD” untuk anda topup credit celcom.
Anda juga boleh buat pilihan terus untuk topup melalui Butang “Quick Reload”
Bahagian USAGE
Dalam bahagian ini memaparkan juga memaparkan tentang baki credit anda dan boleh juga topup dekat sini.

Dekat sini celcom bagi pilihan sama ada nak buat Auto reload atau tidak. Kalau nak buat auto reload on kan butang auto reload tersebut. Nanti habis credit terus celcom topup tapi kena pastikan duit ada dalam bahagian Wallet ya.
Untuk tengok baki internet anda boleh tengok pada bahagian “LOCAL”.

Mypass
Klik pada bahagian “Plan Detail” untuk melihat apa pakej celcom yang ada telah langgan seperti kadar seperti berapa kadar caj bagi MMS, SMS, Video Calls, Voice Call dan juga Monthly Freebies.


Internet
Di sini di tunjukkan berapa baki internet yang masih ada dan juga internet free yang diberikan dalam pakej celcom.

Bahagian Add-Ons
Internet

Dalam bahagian ini anda boleh pilih tawaran yang diberikan oleh celcom untuk beli “Internet Pass”.
Antara pakej yang di tawarkan ada seperti didalam gambar.
Speed Add-Ons

Untuk bahagian ini anda boleh tambah speed internet anda kepada kelajuan 6 MBPS kalau nak lebih laju.
Hotspot Add –On

Untuk bahagian ini anda boleh tambah Kuota kalau anda banyak guna buat hotspot sebab celcom prepaid kuota hotspot basic dia sikit saja.
Bahagian Discover

Untuk bahagian ini celcom ada offer tawaran pembelian mengikut kategori yang celcom tawarkan.
- Cashback
- Voucher
- Games
- Groceries
- Mobile Content
- Services
- Travel
Untuk lain lain bahagian dalam Celcom Life App ni anda boleh la terus explore apa lagi yang ada dalam app ini. Setakat kegunaan saya setakat hari ni biasanya hanya semak baki dan topup sahaja.
Untuk pengguna XPAX celcom prepaid selalu juga tawaran untuk beli data dengan harga diskaun akan dipaparkan di dalam Celcom Life App ini.
Boleh katakan sentiasa anda selama saya guna ni memang ada saja tawaran yang diberikan untuk langgan data internet selalunya.
Celcom check balance postpaid
Bagi pengguna yang menggunakan line celcom postpaid yang bayar bil bulan bulan, untuk semak baki dan sebagainya boleh hanya semak di Celcom Life App sahaja. Sama sahaja paparan Celcom app ini sama ada menggunakan prepaid atau postpaid.
Mungkin tawaran sahaja berbeza beza sebab prepaid dan postpaid tak sama kan komitmen dia.
Selain itu anda sebagai pengguna Celcom boleh call melalui Hotline Celcom 1111 jika ada sebarang pertanyaan.
Untuk pengguna postpaid free kalau nak bercakap dengan Khidmat Pelanggan manakala bagi pengguna prepaid akan di caj RM 0.50.
So anda boleh pilih nak buat cara check balance yang macam mana. Mana mana cara pon boleh janji senang anda untuk guna. Kalau tak ada line internet boleh guna cara dail up ya. Jadi saya harap perkongsian ini dapat membantu para pengguna celcom di luar sana ya.
Baca juga kalau nak tahu Cara Buat Email Baru Gmail
Soalan Lazim FAQ
Ya anda boleh kekalkan nombor lama anda. Sila ke celcom cube terdekat untuk proses penukaran.
Ya boleh. Minimum RM untuk topup.