CONTOH RESUME

Kali ini saya nak kongsi contoh resume yang saya gunakan daripada awal untuk mohon kerja saya yang pertama. Dan anda boleh gunakan berkali kali tak kira berapa banyak kerja yang anda minta.

Saya langsung tak pernah tukar template resume ini walaupun ada meminta pekerjaan di syarikat yang lain. Walaupun ini bukan contoh resume terbaik yang ada, namun ia mudah dan senang kita nak buat dan senang juga majikan nak baca permohonan anda. Straight to the point.

Dan yang paling bestnya resume ini sesuai untuk semua kelas kelayakan bermula daripada lepasan SPM hinggalah ke university, sesuai juga untuk resume fresh graduate.

Sekarang ini terlalu banyak yang sedang mencari pekerjaan terutama sekali bagi pelajar universiti atau kolej yang baru habis belajar.

Memang mereka akan cari sample resume untuk dapatkan kerja pertama mereka. Pelbagai jenis format resume boleh didapati di internet dan sehinggakan pening nak pilih yang mana satu.

Tapikan kalau nak tulis, mestilah nak cari resume yang terbaik dan terbukti boleh membantu mendapatkan panggilan temuduga seterusnya mendapatkan pekerjaan.

Sebab itu saya nak kongsikan pengalaman saya minta kerja dengan menggunakan template resume yang klasik ini. Sesuai di gunakan daripada dulu hingga sekarang.

Alhamdulillah boleh dapat kerja.

Walaupun ianya terlalu asas dan klasik tak moden dan canggih macam yang ada sekarang, namun ia masih mendatangkan hasil yang baik jia di tulis dengan betul pada setiap bahagian yang terdapat dalam contoh resmu ini.

Contoh Resume Kerja

Apa yang saya nak share adalah 1 contoh resume simple ringkas yang hanya ada 1 ke 2 muka surat maksimum bergantung kepada profile atau pengalaman kerjaya anda. Kalau banyak tempat dah kerja tentu banyak juga muka surat yang diperlukan untuk menulis.

Hanya 2 helai muka surat sahaja di perlukan sebolehnya maksimum, kalau tulis panjang berjela-jela…majikan bukan nak baca semua sangat pun sebab diorang sibuk banyak kerja lain.

Di sini saya jelaskan satu demi satu isi kandungan contoh resume tersebut daripada awal hingga selesai apa yang perlu di tulis pada setiap bahagian.

Untuk makluman resume ini adalah dalam Bahasa Inggeris dan juga sesuai jika di tulis dalam Bahasa Melayu. Apa yang penting kita nak formatnya sahaja.

Anda hanya perlu ikut step by step sahaja.

Cara Buat Resume

contoh resume

Gambar di atas adalah muka surat pertama contoh resume yang akan saya kongsikan kepada anda. Untuk keterangan sila rujuk gambar di atas.

1. Maklumat Diri Dalam Resume/Personal Information.

Tulis segala butiran peribadi anda dengan betul.

a. Nama/Name

Nama adalah nama sebenar sama seperti di dalam kad pengenalan anda. Bukan nama glamor, samaran atau nama manja. Ejaan pastikan betu pada setiap huruf sama sebiji macam dalam kad pengenalan.                                                                      

b. Alamat/Address

Untuk bahagian alamat boleh letak alamat mengikut alamat rumah seperti di dalam kad pengenalan atau alamat rumah sewa.

Selain itu juga adan juga boleh tulis tambahan alamat seperti di bawah ini di dalam resume:

Current Address/ Alamat Semasa: Kuala lumpur. Rumah abang atau kakak yang anda tumpang. Atau sesiapa kenalan yang lain.

c. Permanent Address/ Alamat Kekal: Alamat Kampung/rumah mak ayah.

Ini adalah tips tambahan, apa yang penting adalah pekerjaan yang anda minta itu sesuai dengan bidang yang anda belajar ataupun dengan pengalaman yang anda miliki.

d. Nombor Telefon/Contact Number           

Sebolehnya letaklah nombor telefon sendiri. Lagipun zaman sekarang semua dah ada telefon sendiri budak sekolah pun dah ada telefon sendiri kan sekarang ni. Jangan lah letak nombor telefon orang lain sebab kita tak tahu bila masa majikan akan hubungi kita

e. E-mail

Untuk email, zaman sekarang dah jadi kemestian untuk semua orang untuk ada sekurang kurang nya 1 email. Kalau belum ada buat lah 1 email baru guna gmail.

Sebolehnya gunakan nama penuh ataupun nama sendiri lah senang maksudnya. Contohnya maryamimran@gmail.com atau pun maryamimran88@gmail.com. Nak minta kerja kenalah guna email yang professional baru majikan nampak lebih yakin.

Janganlah email guna nama samaran, nama panggilan untuk minta kerja. First impression adalah penting sebelum majikan nak tapis ke proses seterusnya. 

f. Kad Pengenalan/Identity Card    

Letakkan nombor kad pengenalan anda.                            

g. Tarikh Lahir /Date Of Birth                       

Tarikh lahir boleh tulis dengan format yang macam ini sama ada 09/09/1995 atau 09 September 1995           

h. Umur/ Age

Tulis umur pada hari resume di taip. Contohnya 24.                                                  

i. Status Perkahwinan/Marital Status

Letakkan status perkahwinan anda yang sebenar buka letak status ada boyfren atau masih single.J

Di sebelah kanan contoh resume ini kita letakkan kotak untuk letakkan gambar passport anda.

Kalau belum ada gambar boleh pergi kedai gambar dan tangkap yang baru 4 keping dalam RM 10 macam tu. Selalunya siap ada cd file gambar sekali dapat.

Nanti kalau dah habis guna gambar tu hanya perlu print semula sahaja tak perlu tangkap yang baru.

Minta tolong sangat sangat kalau boleh janganlah letak gambar selfie atau candid nampak macam tak pro pulak dan tak bersungguh nak minta kerja. Laburkan sedikit duit permulaan. Memang apa apa pun dalam hidup ini kena susah dulu.

Kalau nak print sendiri gambar passport dalam resume boleh atau tak?

Contohnya anda dah ada softcopy gambar passport dan terus masukkan dalam resume kemudian terus print di rumah. Boleh dan tidak ada masalah tapi pastikan gambar tak kabur dan warna tu terang.

Pakai pakain yang kemas masa nak ambil gambar yang lelaki pakai kemeja dan tali leher. Tali leher selalunya ada di sediakan di kedai gambar. Baju kemeja sebolehnya tiada corak dan kosong sahaja.

Perempuan sebolehnya pakai baju kurung senang.

Kalau nak nampak pro lagi dan lebih kemas boleh pakai kot/blazer, mudah nanti gambar tu boleh pakai berulang ulang kali.

2. Maklumat Pendidikan/ Education

Tulis kelayakan akademik yang anda ada bermula daripada yang tinggi sekali hingga ke bawah. Letakkan sekali score anda dan di mana anda belajar.

Boleh refer gambar untuk mudah faham.

3. Kajian/Thesis

Ruangan ini sebagai tambahan dan optional. Nak letak boleh tak nak letak pon boleh. Bahagian ini adalah untuk menunjukkan pada majikan bahawa kita ada pengalaman dalam kajian yang telah anda lakukan. Ini sebagai nilai tambah kepada majikan untuk memberikan penilaian tambahan kepada permohonan anda.

Kalau tidak ada, tidak perlu letak.

4. Objektif Kerja/Career Objective.

Contoh objektif resume untuk bahagian ini kita perlu tahu apa bidang kepakaran kita. Maksudnya apa jenis pekerjan atau jawatan yang kita nak jadi dan kita minat sangat nak buat.

Apakah pengalaman kerja yang paling lama dan paling hebat yang anda pernah buat.

Sebagai contoh anda nak jadi “ Sale Consultant”, “Project Engineer” “Area Sale Manager”.

Letakkan sahaja apa jawatan yang anda nak jadi di syarikat baru ini bersesuaian dengan profile resume anda.

5. Pengalaman Kerja/Working Experience

Contoh skill dalam resume, tuliskan pengalaman pengalaman kerja yang anda ada serta skop kerjanya sekali. Tuliskan nama jawatan dan senarai tugas yang kita lakukan.

Kalau dah pernah bekerja di banyak tempat kerja boleh cuba ringkaskan seboleh mungkin skop kerja pada setiap jawatan supaya target kita nak hanya 2 helai muka surat maksimum untuk resume ini.

Letakkan juga pencapaian yang terbaik yang anda pernah hasilkan kepada kepada syarikat yang anda pernah bekerja sebelum ini yang boleh dibanggakan. Sama ada dari segi peningkatan sale, penurunan kos, penjimatan dan sebagainya. Tuliskan dalam bentuk angka dan nilai duit RM pencapaian anda supaya untuk mudah lebih faham.

Pencapaian pencapaian yang anda ada boleh membantu menarik perhatian majikan untuk panggil anda ke proses selanjutnya. Lebih lebih lagi jika sayrikat itu tengah ada masalah dan melihat kepada pencapaian anda sebelum ini mungkin boleh membantu mereka untuk keluar daripada masalah.

Sama juga untuk fresh graduate yang belum ada pengalaman kerja, tuliskan sahaja apa yang dilakukan semasa prkatikal dan apa aktiviti atau program yang anda telah sertai semasa belajar. Senaraikan juga kerja kerja sambilan/part time yang pernah anda lakukan sebelum ini.

contoh resume minta kerja

6. Kebolehan Komputer/Computer skills in

Tuliskan apa apa ilmu kepakaran tentang penggunaan computer yang anda ada. Daripada Microsoft word sehinggalah software software yang lain yang tak da dalam computer.

Lagi banyak kebolehan yang anda tahu tentang computer ni lebih bagus.

7. Bahasa/Language.

Senaraikan Bahasa Bahasa yang anda mahir. Biasanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris memang patut ada di dalam resume. Jika anda boleh kuasai lebih banyak Bahasa lebih bagus. Senaraikan sahaja di dalam resume.

8. Kekuatan Diri/ Personal Strenght

Anda tentu kenal diri anda sendiri kan. Senaraikan kelebihan dan kekuatan yang ada dalam diri anda. Sebagai contohnya macam senarai di bawah:

  1. Boleh buat kerja macam macam “Multitasking”
  2. Cepat belajar tanpa perlu bimbingan berterusan “Fast learner”
  3. Boleh kerja lebih masa “overtime”
  4. Boleh bekerja dalam suasan tekanan
  5. Boleh berkerja dalam tempoh panjang “tak ambil cuti”

Itu adalah sebahagian daripada contoh sahaja, anda boleh letakkan apa yang anda rasa patut ada kekuatan pada diri sendiri.

9. Bidang Kursus Subjek Pembelajaran/Relevance Courses

Tuliskan semua mata pelajaran ayang anda pernah belajar selama ini. Tengok balik sijil graduation dalam tu ada tulis senarai kursus.

Kalau anda ada belajar sendiri ilmu yang lain boleh juga tuliskan sekali di sini.

10. Rujukan/References.

Tulis nama personal incharge dan nama syarikat yang kita pernah bekerja sebelum ini. Atau nama pensyarah yang jaga praktikal anda sekiranya anda baru habis belajar.

Tujuan references ini adalah untuk pihak temuduga jika mereka nak tahu apa berkaitan tentang anda lebih lagi mereka akan contacts senarai references.

11. Permintaan Gaji/Expexted Salary

Untuk bahagian expected salary kita boleh letakkan berapa gaji yang kita nak demand. Maksudnya kita letak harga untuk majikan bayar sesuai dengan pengalaman kerja dan juga kelayakan yang anda ada.

Boleh letakkan (negotiable) kalau gaji yang kita tawarkan itu masih boleh dirunding.

Kalau dalam iklan kerja oleh majikan tersebut dah letak harga seeloknya kita kena ikut gaji yang mereka tawarkan. Kalau kita hantar direct tanpa ada iklan kita boleh demand berapa kita nak.

Tips Tambahan Penyediaan Resume

Semasa menyediakan resume seeloknya gunakan font yang senang di baca dan nampak kemas apa bila di print nanti.

Antara contoh font yang boleh digunakan adalah Calibri ataupun Verdana.

Saiz tulisan adalah antara 10 hingga 12 bergantung kepada berapa jumlah banyak perkataan yang di tulis.

Pastikan print dengan jelas dan tidak ada bahagian tulisan yang kabur dan tidak jelas supaya dokumen anda nampak kemas dan cantik.

Tulisan sebolehnya berwarna hitam dan tidak bercampur dengan warna warni .

Gambar seeloknya gunakan gambar pasport yang ditangkap di kedai, jika anda mahu print pastikan warnanya adalah jelas dan cantik hasilnya.

Pastikan anda print menggunakan kertas A4 yang sesuai jangan terlalu nipis dan lembik dan mudah renyak.

Jika pejabat yang anda minta kerja tersebut adalah dekat dengan anda, anda boleh hantar sendiri resume dan tidak perlu pos. Pastikan anda berpakaian kemas semasa anda pergi hantar resume.

Jika syarikat tersebut jauh dan anda ingin pos, seeloknya jangan gunakan setem, gunakan syarikat kurier seperti pos laju untuk hantar dokumen anda.

Sebolehnya jangan lipat resume anda dan pos menggunakan envelop bersize A4.

Kandungan resume adalah tidak sama bagi setiap pekerjaan dan anda kena sesuaikan isi kandungan resume mengikut jenis pekerjaan yang anda minta.

Resume adalah sangat penting pada masa sekarang di dalam mendapatkan pekerjaan, ia adalah antara syarat yang perlu ada.

Pastikan anda sediakan resume anda selepas anda tamat belajar supaya senang anda untuk minta kerja.

Itulah perkongsian saya yang mana anda boleh tiru bulat bulat untuk mendapatkan pekerjaan yang pertama anda. Semoga berjaya.

Kalau belum ada email boleh buat yang baru ikut panduan di sini Cara Buat Email Baru Gmail