Harum Manis

Pernah dengar tak tentang harum manis. Rata rata rakyat Malaysia mesti tahu apa benda yang di maksudkan apabila disebutkan dengan perkataan harum manis.

“Harum manis adalah sejenis buah mempelam (mangga) yang terkenal di Negeri Perlis”

Buah mempelam ini di Malaysia dikatakan berasal dari negeri Perlis. Buah mempelam ini dikatakan hanya sesuai di tanam di Perlis di sebabkan atas kesesuaian tanah dan juga cuaca yang terdapat di sana.

Namun sekarang sudah ada beberapa projek penanaman buah ini yang dijalankan luar daripada negeri Perlis, contoh yang terdekat adalah ada projek penananam yang di jalankan di negeri jiran mereka iaitu negeri Kedah.

Apapun yang pasti nama harum manis ini memang dah sebati dengan negeri Perlis, sebut sahaja harum manis mesti orang akan ingat negeri Perlis.

Kalau nak perkenalkan diri tak perlu sebut “berasal dari Perlis” sebut saja harum manis orang dah tahu anda asal daripada mana.

Negeri Perlis ini walaupun tak luas, anggaran keluasan sekitar sama dengan daerah Kubang Pasu di Negeri Kedah, namun anugerah alam dari Tuhan ini menaikkan nama negeri Perlis saban tahun.

Buah ini ini kalau nak tahu, kawasan utama yang menanam harum manis ini adalah di kawasan pertanian di Bukit Bintang dan juga Sungai Batu Pahat. Ini adalah tempat pengeluaran terbesar dan juga antara terawal di Perlis.

Tetapi sekarang ini dah banyak pengusaha pengusaha dari rakyat negeri Perlis yang menceburi bidang penanaman tanaman mempelam ini.

Dengan harga yang tinggi boleh mencecah hingga RM 30 ke RM 40 sekilo membuatkan ramai orang berminat untuk tanam buah ini.

Walaupun hasilnya boleh dapat sekali hanya setahun, namun pulangan yang diperolehi sangat sangat berbaloi baloi.

Sekarang ini dah banyak juga orang tanam tak macam seperti awal awal dulu. Sekarang ini banyak orang dah tanam kat kawasan rumah masing masing di Perlis , nak makan senang tak payah nak beli katanya.

Ciri ciri buah harum manis

Buah harum manis ini kalau anda nak kenal anda boleh tengok seperti dalam gambar yang di sertakan di sini. Bentuk dia nak kata bulat tak bulat bujur pun tak bujur.

harum manis

Jadi kalau nak kenal memang kena tengok gambar baru boleh tahu, tapi kalau dah lama lama nanti dah akan biasa la.

Dari segi warna pula buah ini warna kuning nak oren.

Rasa harum manis ini memang manis dan sedap.

isi harum manis

Harga harum manis perlis

Harga buah harum manis memang agak harga kayangan. Dari dulu lagi di kenali sebagai buah pelam yang paling mahal dalam Malaysia. Harga harum manis sekilo boleh capai maksimum rm 30 ke RM 40. Tapi dia ikut gred juga.

Harga buah juga bergantung pada penawaran pada sesuatu musim, kalau buah tak banyak harga tinggi sikit, kalau buah banyak harga kurang sikit.

Harga buah gred A biasanya harga paling tinggi. Buat masa ini harga dalam RM 30 ke atas sekilo.

Biasanya untuk kualiti gred A orang biasa jual 1 kotak ada 3 kilo harga RM 110 siap pos sekali dengan kotak.

Harum manis gred A

Apakah maksud harum manis gred A. Maksud gred A ialah buah pelam yang bersaiz besar. Buah yang paling besar dan berat la kiranya.

Yang ni kita panggil gred A. jadi kalau dah ada buah gred A, tentunya ada gred B dan C kalau buah yang bersaiz sederhana dan kecil.

Harum manis gred A

Buah gred A ni kalau kita timbang sekilo tu boleh dapat dalam 3 biji saja. Itu kira buah paling baik dan besar dah tu.

Kadang kadang ada yang jual RM 10 ke RM 15 sekilo pun ada kalau buah tak besar.

Harga pun tak sama ikut gred, macam buah buahan yang lain juga. Tapi benda ini ikut penjual juga, ada yang dia jual harga sama saja. Masing masing pokok katanya.

Bagaimana harum manis di jual?

Sekarang banyak cara pengusaha menjual buah mempelam ini. Ada yang tolak terus kepada pemborong. Pemborong akan ambil dalam kuantiti yang banyak. Walaupun harga agak rendah tapi buah boleh dihabiskan dalam masa yang singkat tanpa perlu risau buah rosak dan tak laku sebagainya.

Ada juga yang menjual secara terus harga runcit. Ada yang menjual di tepi tepi jalan raya di perlis dan ada juga yang menjual terus dari ladang atau rumah.

Selain itu ada juga yang menjual secara online di internet sama ada di facebook dan juga di shoppe. Anda boleh cari banyak juga yang menjual di 2 platform tersebut. Biasanya kalau dalam Perlis banyak buat Cash On Delivery (COD).

Menariknya juga ada pengusaha yang membuka peluang berniaga secara dropship dengan mereka. Boleh juga dapat untung sambil sambil jual buah pelam ini tanpa perlu pegang stok hanya perlu promosi sahaja.

Jadi kalau anda beli online atau terus, kalau buah rosak dan tak elok boleh cuba bincang secara baik dengan peniaga untuk minta ganti atau lain lain cara yang boleh selesaikan masalah buah rosak ini. Sebab masing masing tak tahukan, kulit di luar nampak elok tapi isi siapa pun tak tahu.

Musim harum manis

Untuk pengetahuan anda semua musim pengeluaran buah ini hanyalah setahun sekali sahaja. Biasanya dalam bulan April dan May setiap tahun.

Kena pula bulan puasa buah dok tengah masak, boleh makan sebelah malam saja. Bila hari raya puasa pakat jamu tetamu dengan buah pelam harum manis ni. Boleh makan free saja.

Pokok harum manis

Pokok pelam ini macam mempelam biasa yang lain juga cuma pokoknya lebih rendah. Ada macam macam jenis baka sebab harum manis ni dah di kacuk dengan macam macam jenis pelam yang lain.

Pokok mangga ni rendah senang nak jaga seperti nak racun, membaja, nak balut buah dan sebagainya.

Pokok harum manis
contoh pokok harum manis

Cara penjagaan mempelam harum manis

Nak jaga pokok pelam dan buah ni bukan senang tambah tambah lagi bagi orang yang ada ladang, tanam dalam skala yang besar.

Dari awal musim berbuah hingga jumpa musim berbuah seterusnya, setiap tahun perlu ada jadual perancangan yang rapi untuk jaga pokok ini supaya dapatkan keluarkan hasil yang paling maksimum.

Banyak proses nak kena buat. Nak kena meracun, nak kena ada vitamin penggalak dan sebagainya. Sebab itu kos juga tinggi diperlukan untuk jaga buah ini, standing dengan harga jualan di pasaran.

Nak kena jaga daripada buah di curi oleh orang pada musim tengah berbuah. Tambah lagi kos. Memang ada orang yang curi lepas tu pergi jual. Tiap tiap tahun ada saja berita hal kecurian buah mempelam ni.

Sehinggakan ada pengusaha terpaksa upah orang untuk jaga kawasan 24 jam lebih lebih lagi pada sebelah malam.

Harum manis bag (Pembalut Buah)

Harum manis bag ini ialah beg atau bekas yang di perbuat daripada kertas untuk balut buah supaya tidak di ganggu oleh ulat dan mahluk perosak.

Ada pembalut bag warna putih dan ada warna koko. Biasanya buah akan di balut semasa saiz dia sebesar bola pingpong.

harum manis bag
pembalut buah harum manis

Kalau anda perasan kadang kadang ada kulit buah pelam ini warna kuning  dan ada kulit berwarna hijau. Perkara ini berlaku disebabkan warna pembalut yang digunakan.

Kalau pembalut warna koko kulit buah cenderung bertukar warna menjadi kuning bila masak, dan jika pembalut warna putih biasanya tiada apa perubahan. Ini bergantung juga pada keadaan cuaca. Kadang kadang hujan, kadang kdang panas. Warna pembalut boleh mempengaruhi warna kulit buah.

Bagaimana buah harum manis di peram?

Biasanya orang tak akan tunggu buah masak di pokok sebab nanti banyak binatang akan makan. Bila cukup tua buah akan dikutip dan di peram sampai masak.

Biasanya orang akan guna kabad untuk peram buah pelam ni ia sama macam mana proses peram buah buahan yang lain juga.

Namun sekarang ada canggih sikit, mereka gunakan sejenis cecair untuk peram. Hanya perlu campurkan cecair tersebut dengan sejumlah kuantiti air, kemudian masukkan buah kedalam air tersebut. Biarkan beberapa minit kemudian boleh angkat.

Nanti buah akan masak macam biasa seperti mana juga menggunakan kabad.

Kotak Harum Manis

Kotak harum manis ini biasanya digunakan oleh penjual untuk diberikan kepada pembeli. Dengan adanya kotak ini senang nak pos ke seluruh Malaysia sebab banyak yang dah menjual secara online juga.

Biasanya dalam kotak ini orang akan isi dalam 3 kilo macam tu. 3 kilo ni kalau gred ada dalam 9 ke 10 biji macam tu.

Resepi jus mangga harum manis

Untuk buat resepi jus mangga harum manis ini sama juga macam kita nak buat jus resepi buah buahan yang lain. Kupas dan potong isi dia bagi mudah nak blend. Campur sedikit air dan kisar sehingga lumat. Cuba rasa tengok kalau ada rasa kurang manis boleh tambah gula. Ada buah tak berapa nak manis juga rasanya dia.

Mangga chokanan vs harum manis

Buah pelam chokanan ni buah dia kecil daripada harum manis. Tengok gambar untuk perbandingan. Biasanya kalau sekilo tu boleh dapat dalam 6 ke 7 biji macam tu. Chokanan ni pun saiz buah dia tak menentu juga ada yang besar ada yang kecil.

mangga chokanan

Pelam chokanan ni bila kita makan dia ada macam urat halus, selalu makan akan lekat celah gigi. Harum manis tak macam tu.

Kesimpulan

Apa yang di tulis di dalam artikel ini berkaitan mempelam harum manis adalah secara asas sahaja untuk info pembaca semua. Untuk lebih detail mungkin anda kena bertanya terus kepada penanam pokok dan penjual buah tersebut.

Namun dengan perkongsian ringkas ini harap dapat membantu anda semua untuk sekurang kurangnya tahu serba sedikit tentang harum manis. Nanti senang kalau nak order.

Kalau nak buat dropship boleh baca info di sini dulu ya Maksud Dropship