I Citra KWSP Online Daftar

Hari ini ramai orang teruja sebab dah lama tunggu untuk buat permohonan I Citra kwsp online daftar. Tarikh sebenarnya adalah pada 15 julai 2021 tetapi di percepatkan pada hari ini 12 julai 2021. Tarikh akhir untuk daftar adalah sehingga 30 September 2021.

Sebelum ini ahli KWSP dalam tempoh PKP selama ini telah di berikan 2 skim pengeluaran kwsp iaitu I lestari dan juga i sinar.

Kali ke tiga ini pula di namakan sebagai I citra.

Pengeluaran skim kwsp i-Citra ini diperkenalkan bagi memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Yer la kan dah setahun lebih PKP ada yang tak bekerja tentunya sangat berharap pada inisiatif ini.

Jom kita tengok cara untuk mendaftar i citra kwsp online. Arahan akan ditandakan dengan kotak merah ya. Saya dah buat permohon dan saya share di sini.

Langkap pertama boleh terus ke website kwsp I Citra https://icitra.kwsp.gov.my/

Paparan seperti di bawah akan muncul.

Seterusnya klik pada bahagian “PERMOHONAN”

daftar i citra kwsp

Selepas itu ada satu Nota Penting di paparkan, anda kena baca dengan teliti semua arahan tersebut sebab permohonan I citra kwsp ini hanya boleh di buat sekali sahaja.

Kemudian tekan butang “TUTUP”

cara daftar i citra kwsp

Kemudian isikan Nombor Kad Pengenalan dan juga Nombor telefon anda. Kemudian tekan “TERUSKAN”

Nombor Kod 6 Angka OTP telah di hantar ke nombor telefon yang anda telah daftarkan.

Contoh SMS yang di hantar ” RM0 KWSP: Permohonan I Citra . OTP 123456. Sila hubungi KWSP di 03-89224848 sekiranya tidak membuat permohonan.

Lepas dah dapat kod tersebut terus isikan di ruang tersebut. Klik “SAHKAN NOMBOR OTP”

Selepas itu sistem akan keluarkan jumlah amaun kelayakan yang boleh dikeluarkan dari akaun KWSP anda untuk skim I Citra kali ini. Kalau dah ok “Klik untuk memohon RM 5000”

Sistem akan paparkan jumlah pengeluaran dan jadual pengeluaran setiap bulan selama 5 bulan. Kita akan terima sebulan RM 1000 sahaja berdasarkan jadual yang ditunjukkan.

Kemudian klik teruskan.

Paparan maklumat pemohon seperti:

  1. Nama Penuh
  2. Mykad
  3. No Telefon
  4. Nama Bank
  5. Nombor akaun Bank

Semak sekali lagi maklumat pastikan semua nya betulya sebelum teruskan.

Dah ok semua kita diwajibkan untuk jawab 2 soalan yang di berikan

  1. Saya memohon pengeluaran i citra kerana.
  2. Pengeluaran i citra akan membantu saya untuk.

Untuk soalan ini jawapan telah di sediakan dalam kotak tersebut kita hanya perlu pilih sahaja sebab apa kita perlukan duit I Citra ini.

Dah siap semua klik butang “Teruskan”

Kali ini sistem akan keluarkan paparan untuk ” Pengesahan Permohonan”. Pastikan semua maklumat yang di tunjukkan adalah betul supaya proses pengualan i citra kwsp tidak akan ada masalah nanti.

Kalau maklumat untuk pengesahan dah betul semua sila tandakan:

  1. Kotak putih : Saya dengan ini mengesahkan
  2. Kotak putih: Saya bukan robot.
  3. dan yang ketiga adalah kita perlu baca Terma dan perakuan dengan klik pada “di sini” yang ada link biru.

Sistem akan keluarkan “PERAKUAN PERMOHONAN” Boleh baca atau teruskan dengan klik butang “TUTUP”

Kalau kita tak buat proses ini sistem tak bagi teruskan ini apa yang berlaku pada saya semasa saya cuba buat. dah ok semua klik butang “HANTAR” pada bahagian sebelum ini.

Setelah selesai semua proses paparan ini akan muncul dengan mengatakan permohanan pengeluaran i citra kwsp anda telah berjaya di hantar. Tahniah.

Untuk simpanan kita sendiri boleh klik pada ” cetak & simpan rekod permohonan” untuk simpan buat rujukan.

Proses akhir sekali paparan berikut akan muncul, kita boleh untuk print atau simpan bukti permohonan ini dalam bentuk PDF di dalam komputer.

Selepas selesai semua sekali tekan tutup. Alhamdulillah selesai juga buat permohonan untuk daftar pengeluaran i citra kwsp secara online.

Seterusnya hanya perlu tunggu pihak kwsp bank ini duit ke dalam akaun bank masing masing.

Semakan I Citra KWSP

Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan i-Citra?

Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di i-Citra Online; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Kalau ada sebarang masalah berkaitan permohonan I Citra kwsp ini anda boleh rujuk di saluran KWSP berikut:

Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my

Ask ELYA di laman web rasmi KWSP

Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)

Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Sumber rujukan adalah daripada website kwsp.gov.my dan juga https://icitra.kwsp.gov.my/

Kalau belum ada email boleh baca cara untuk daftar di sini.