Maksud Dropship

Banyak orang yang tertanya tanya apakah maksud dropship. Selalunya orang yang baru mula nak berniaga online mesti nak tahu kan apa maksud yang sebenarnya.

Perniagaan yang mudah hanya bermula dengan apa yang ada daripada rumah.

Apa itu dropship?

“Dropship ialah sejenis perniagaan yang boleh dijalankan secara online tanpa perlu pegang stok dan tak perlu ke pejabat pos untuk pos barang serta boleh dimulakan dengan modal yang minimum”

Begitu juga dengan penjual produk, pemilik perniagaan mereka menawarkan program dropship bagi menjual produk mereka.

Maksud dropship dan agent

Jadi kalau nak tahu apakah dikatakan dengan dropship dengan lebih lanjut ia adalah satu bentuk perniagaan yang anda boleh jalankan tanpa perlu pegang stok terlebih dahulu.

Program dropship ini anda hanya perlu buat promosi sahaja di media sosial seperti di facebook,instagram, tittok, wasap, blog dan apa juga medium pemasaran yang anda ingin gunakan.

Untuk program dropship ini, anda akan dikenali sebagai istilah dropshipper. Ianya tidak sama dengan level penjual yang lain seperti menjadi seorang ejen, stokis, master stokis dan juga leader.

Berbeza dengan level agen, stokis, master stokis dan juga leader, untuk mendapatkan level pangkat tersebut mereka dikehendaki membeli stok terlebih dahulu. Kena beli daripada syarikat sejumlah stok mengikut level yang di kehendaki.

Maksud Dropship

Peratusan keuntungan juga tidak sama bagi setiap level. Sebagai contoh mudah untuk faham peringkat tertinggi dan paling terendah adalah seperti berikut:

Leader

|

Master stokis

|

Stokis

|

Agent

|

Dropshipper (tak perlu pegang stok)

Mengikut hirarki tersebut lebih tinggi kedudukan lebih tinggi jumlah keuntungan dan juga lebih tinggi stok yang kena ambil.

Begitu juga dengan komitmen, perlu bagi lebih tinggi juga mengikut setiap level. Level ejen sehingga atas ada kelebihan seperti boleh melantik dropship di bawah masing masing.

Keuntungan untuk dropship adalah paling terkecil sekali, namun ia sesuai sebagai nak mula berniaga dan tak perku ambil stok. Nanti dah pandai menjual boleh upgrade nak pangkat kepada ejen dan seterusnya yang paling atas.

Cara Jadi Dropship

Mulakan dari bawah terlebih dahulu ya sebab kita tak tahu barang boleh jual atau tidak lagi.

Jadi dengan menjadi dropship anda telah selamat jika barang tak terjual dan terpaksa simpan di bawah katil, tambah dengan rugi lagi.

Jadi untuk yang ingin bermula berniaga tanpa ada apa apa pengalaman boleh mulakan dengan dropship terlebih dahulu.

Ada program dropship yang percuma dan ada yang perlu buat sedikit bayaran untuk sertai mereka.

Biasanya yuran yang mereka kenakan adalah membeli 1 unit produk mereka terebih dahulu.

Cari dropship yang akan kongsi ilmu bagaimana nak berniaga dan menjual produk mereka. Selalunya dropship akan diletakkan dalam satu group seperti group wasap.

Ilmu berniaga akan dikongsikan mengikut jadual yang ditetapkan oleh ketua anda. Tugas dropship dan cara kerjanya yang utama adalah menjual sahaja dan cari pelanggan.

Begitu juga dengan bahan material seperti, bahan iklan, bahan marketing, gambar produk biasanya telah disediakan oleh syarikat, anda hanya perlu guna dan copy paste sahaja.

Cara Kerja Dropship

Apabila dah dapat buat jualan, pembeli akan bank ini kepada anda, kemudian anda akan bank ini kepada syarikat program dropship jumlah yang telah di persetujui sebagai seorang dropship.

apa itu dropship

Sebagai contohnya pengiraan mudah sebagai dropship;

Harga jual produk RM 50 seunit

Harga Dropship RM 40 seunit

Untung anda RM 10

HARGA JUALHARGA DROPSHIPUNTUNG
RM 50RM 40RM 10

Pembeli akan bank in kepada anda RM 50, kemudian anda akan bank in kepada ketua anda atau syarikat dengan harga dropship RM 40. Untung RM 10 anda simpan.

Kemudian selepas dah pos minta pihak syarikat berikan nombor tracking pos untuk anda berikan kepada pembeli anda untuk rujukan.

Itu sahaja proses yang anda perlukan sebagai dropship, boleh buat sambilan jika anda ada pekerjaan tetap. Bahagikaan masa yang sesuai untuk jadual sebagai dropship ya.

Jadi dengan adanya penerangan di atas dapatlah anda faham maksud dropship dan bagaimana ia berjalan. Hanya perlukan smartphone sahaja untuk mulakan sebagai dropshipper ini.

Anda tak perlu pegang stok, anda tak perlu pos barang, apa yang anda perlu lakukan adalah buat marketing dan iklan sahaja setiap hari.

Keburukan dropship dan kelemahannya.

Sebenarnya tiada apa apa keburukan dan kekurangan pun sebenarnya jika jadi dropship. Kelemahan dropship hanyalah tidak dapat pegang produk tersebut dengsn sendiri dan bergantung kepada gambar yang dibekalkan sahaja.

Selain itu masa untuk pos juga anda tidak boleh tentukan sendiri dan bergantung kepada masa penyedia dropship.

Walaupun ada kelemahan sedikit sahaja, dari sini lah yang penting untuk mula belajar dan buat jualan dahulu.

Semoga anda menjadi dropship yang berjaya suatu hari nanti. Baca juga di sini Cara Memulakan Perniagaan Makanan Dari Rumah

Soalan lazim FAQ.

Apa beza dropship dan agent?

Dropship tak perlu pegang stok manakala agent perlu ambil stok dengan jumlah pembelian minimum.
Keuntungan berniaga juga berbeza, keuntungan dropship adalah kurang sedikit berbanding dengan keuntungan dengan menjadi ejen.

Apakah kelebihan menjadi dropship?

Keistimewaan dan kelebihan menjadi dropship adalah tidak perlu keluarkan modal untuk simpan stok dan tak perlu pos barang.Apakah kelebihan menjadi dropship

Bagaimana hendak menjadi dropship yang berjaya?

Untuk berjaya anda kena lakukan tindakan dan belajar ilmu nak menjual daripada penyedia dropship barangan anda. Yang penting sekali jangan putus asa.Bagaimana hendak menjadi dropship yang berjaya

Sampai bila perlu jadi dropship?

Apabila anda dah pandai menjual anda dah boleh mula ambil stok dan pos barang sendiri. Keuntungan juga akan dapat lebih sedikit berbanding menjadi dropship?Sampai bila perlu jadi dropship