Pengalaman Beli Laptop Refurbished

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman beli laptop refurbished yang saya pernah saya lalui sebelum ini.

Dalam hidup saya pernah beli laptop pertama dulu adalah beli laptop baru itupun setelah ada kerja dan ada duit gaji sendiri.

Kumpul sikit sikit tiap tiap bulan nak beli laptop sendiri.

pengalaman beli laptop refurbished

Masa saya belajar dulu saya tak ada laptop sendiri dan tak mampu kiranya nak beli laptop pada masa tu.

Masa belajar hanya boleh tengok kawan kawan yang ada duit dan mereka ada yang mampu beli laptop sendiri.

Jadi masa belajar tu banyak guna computer di internet cafe dan kalau ada kesempatan dan rezeki boleh guna laptop atau komputer kawan kawan.

Itu cerita lama dah dan beberapa tahun baru ni saya nak cari laptop sebab laptop yang ada sudah rosak dan tak boleh nak diperbaiki lagi.

Jadi saya pon survey cari kedai laptop baru dan secondhand.

Masa ni terfikir juga nak jimat duit jadi buat pilihan untuk beli laptop second hand sahaja.

Kelebihan beli laptop refurbished ialah kita dapat beli laptop yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dengan harga yang murah berbanding kalau beli laptop baru dengan spesifikasi yang sama.

Laptop yang saya beli ni harga kedai tu jual dalam rm 1200 sahaja.

Spesifikasi laptop core i5 dan dapat windows 10 pro.

Kedai bagi lagi warranty selama 3 bulan.

Kalau nak beli laptop baru dengan spesifikasi macam tu harga dia dekat rm 4000 juga.

Ini adalah pengalaman pertama kali saya beli laptop refurbished.

Jadi lepas dah guna hampir 2 tahun lebih pada pendapat saya kalau nak beli laptop second hand ni kena pilih spec yang betul betul baik dan keadaan laptop juga tidaklah terlalu teruk.

Anda juga tentu maklum bahawa laptop second hand ni bekas orang dah guna jadi dia tak perfect macam laptop yang beli baru.

Dalam tempoh penggunaan ni ada sekali laptop ni buat hal dan kena hantar kedai repair.

Tapi pada keseluruhannya saya memang puas hati setakat ni guna laptop refurbished ni sebab spec dia tinggi.

Jadi kalau anda nak puas hati nak beli laptop second hand ni pastikan anda pilih spec yang tinggi baru berbaloi.

Walaupun ada laptop second hand yang murah tapi anda kena tengok balik spec dia.

Kalau anda nak laptop yang laju anda kena pilih spec yang tinggi.

Tapi kalau setakat nak buat kerja menaip sahaja macam pelajar sekolah dan universiti yang mana penggunaannya tidak terlalu heavy boleh sekadar nak guna laptop yang spec basic sahaja, cukup sekadar untuk buat kerja sekolah.

Nanti mereka dah ada duit sendiri bolehla mereka beli laptop yang canggih lagi.